Bertukar kepada ucap selamat: Apakah aspirasi saya untuk mengeluarkan "kuali keluli"?

eating_b

Sejak kecil saya telah diajar “keadaan fizikal seseorang hari ini adalah hasil daripada apa yang dia masukkan ke dalam mulutnya iaitu apa yang dia makan setiap hari.”
Mujurlah saya dapat mempelajari perkara penting ini sejak awal kerana kedua-dua ayah dan ibu saya adalah doktor.

Walau bagaimanapun, entah kenapa, orang Jepun dengan santai menyebut tentang "pakaian, makanan dan tempat tinggal" setiap hari.

Pada suatu hari, saya menyedari bahawa susunan "pakaian, makanan, dan tempat tinggal" adalah salah.
Sepatutnya susunannya adalah "makanan, tempat tinggal dan pakaian", barulah betul.

Ini kerana bagi sesiapapun, yang paling asas dan penting untuk seseorang itu adalah mempunyai tubuh badan yang sihat terlebih dahulu.
Maka, semuanya bergantung pada apa yang dimakan setiap hari.

Perkara yang paling penting seterusnya, sudah tentu, persekitaran yang dilindungi daripada hujan dan embun iaitu, "tempat tinggal".
Pakaian? Asalkan bersih, boleh dipakai, maka ia adalah yang terakhir.
Jika orang yang sihat memakainya, pakaian akan juga boleh berkembang, ini adalah perkara biasa yang boleh difikir oleh semua orang.

intro_b

Jadi, dalam usia lewat 30-an, saya memutuskan untuk meninggalkan industri pakaian yang saya bekerja sehingga waktu itu dan memutuskan untuk memasuki dunia makanan maka saya menceburi dunia pembuatan kuali.

Walau bagaimanapun, sasaran kami adalah untuk membuat kuali yang seboleh mungkin akan menghasilkan "masakan yang sedap", dan kami tidak akan sekali-kali mengorbankan rasa untuk mengejar kemudahan penggunaan.

Alasannya adalah, semua bahan makanan adalah "makhluk hidup selain manusia".

Manusia, baik siapa sahaja, menerima nyawa makhluk hidup lain selain manusia untuk menyokong pertumbuhan badan dan kesihatan fizikal mereka.
Oleh kerana itu, tuailah sebanyak yang diperlukan sahaja dan nikmatinya sesedap mungkin, ia akan menjadi satu penghormatan kepada “nyawa” mereka.

Itulah sebabnya kami menyebut "itadakimasu" apabila hendak mula makan, menyebut "gochiso-sama deshita" bila selesai.

Buang sisa makanan? Ini tidak lain hanyalah pembaziran nyawa.
Harga yang murah lebih penting daripada rasa? Ini bermakna anda tidak mengambil berat tentang kesihatan tubuh anda.
Kedua-duanya tidak boleh diterima.
Menghargai kesihatan tubuh anda sendiri bermakna menghargai bahan makanan dengan baik dan memasaknya dengan betul.

Kuali yang kami hasilkan bukan sahaja tersebar dan digunakan oleh ramai orang, tetapi kami sangat mengharapkan supaya ramai orang dapat berterima kasih dengan “semua bahan makanan” yang di makan setiap hari dan menjadikan “konsep” tiada pembaziran sisa sebagai lumrah kebiasaan.